Monday 31 October 2011

Cabaran Pertama di Episod Pertama.

Yahooooooooo! Wahidan merupakan peserta pertama yang BERJAYA menyelesaikan tugasan memotong&menghiris bawang besar mengikut piawaian MasterChef... TAHNIAH!!!! Seperti yang kita lihat dikaca tv, ramai peserta yang terpotong jari termasuklah Wahidan namun itu tidak mematahkan dan tidak menjadi penghalang bagi beliau untuk meneruskan cabaran tersebut.

sebagai seorang lelaki memotong dan menghiris bawang bukanlah kepakaran mereka. Tetapi dengan hati yang ikhlas, semangat yang kuat dan azam yang digenggam beliau dapat melaksanakan tugas tersebut dengan baik.

Sunday 30 October 2011

Sewaktu Sesi UjiBakat di Beverly Hotel.


sewaktu sesi ujibakat di beverly hotel, kota kinabalu
isteri beliau sebok mengisi borang yang diberikan oleh crew masterchef .
inilah tandanya kasih seorang isteri kepada suaminya dengan memberi sokongan penuh kepada suami.


nombor ujibakat yang membawa tuah kepada beliau (2015)
beliau membawa dua hidangan untuk disajikan kepada juri
hidangan pertama beliau ialah daging seribu impian dan hidangan kedua beliau ialah home made sphagetthi



inilah hidangan yang berjaya menambat hati juri masterchef malaysia semasa sesi ujibakat.


semoga suksess selalu!
kami sentiasa menyokong!

WISH HIM LUCK!



Peserta yang berasal dari sandakan, sabah..
sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata
isteri beliau bernama Siti Aida Hj Ismail
manakala anak pertama beliau Bernama Mohd Walid Naim bin Wahidan, anak ke-2 Siti Iffa Rawieyah binti Wahidan dan anak bongsu beliau Bernama Siti Hana Raniah binti Wahidan

beliau menetap di bukit garam selepas berkhawin dengan isterinya ini adalah kerana beliau mempunyai kebun di bukit garam seperti yang diceritakan oleh beliau semasa cover story beliau di masterchef.
dengan hasil kebun itulah beliau menyara kehidupan keluarganya.

sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak, beliau pastinya menginginkan yang terbaik untuk keluarganya. dengan hasil kebun beliau merasa pendapatannya tidak begitu menjamin masa depan keluarganya.
dengan adanya program MASTERCHEF MALAYSIA ini, beliau merasa ini adalah masanya untuk mencuba nasib untuk mengubah kehidupan keluarganya. dia mencuba nasib untuk bertarung dalam program masakan ini yang mana minat beliau dalam bidang makanan juga amat mendalam. bagi beliau juga, program ini merupakan batu loncatan untuk beliau mengubah kehidupan keluarganya

hasratnya itu disokong penuh oleh isterinya , Siti Aidah Hj ismail.
mereka sekeluarga sanggup datang dari sandakan ke kota kinabalu dengan menaiki kenderaan dan memandu selama 9 jam semata-mata untuk menghadiri sesi ujibakat masterchef di beverly hotel, kota kinabalu.

dengan izinnnya, beliau berjaya untuk kepusingan yang seterusnya sampai kehari ini

sebagai keluarga, kami sangat menyokong beliau dan kami tahu kemampuan beliau semoga terus berjaya
marilah kita memberi sokongan penuh kepada beliau.