Tuesday 1 November 2011

Cabaran Ketiga Episod Ketiga


haah..nampak tak kelapa dan santannya sekali kat atas nih?

seperti yang kita sedia maklum,cabaran ketiga mereka ialah memarut dan menghasilakan santan mengikut piawian yang telah ditetapkan oleh MasterChef Malaysia.
wahidan seorang yang bijak dia memarut kelapa tersebut terus keatas kain putih dan bukan di atas tray ini adalah untuk menjamin kebersihan santan yang dihasilkan oleh beliau.
walaubagaimana pun, chef priya tidak berpuas hati dengan santan yang di hasilkan oleh beliau.
dengan usaha yang gigih, wahidan berjaya menghasilkan santan mengikut piawaian masterchef setelah diperiksa teliti oleh chef yahya. 
dan ini membolehkan beliau melayakkan diri keperingkat seterusnya
TAHNIAH CHEF WAHI =)

diminggu ketiga ini, sesiapa 10 yang terpantas akan mendapat tempat untuk masuk kedalam ujian cipta rasa dan 4 masakan peserta yang dapat menambat hati juri akan berpeluang untuk mendapatkan Apron MasterChef malaysia.
WAHIDAN ADALAH SALAH SATU PESERTA YANG LAYAK.
sekali lagi, TAHNIAH.

Beliau telah pun menjadi peserta 24 teratas :)

yoU go WAHI !

Cabaran Kedua Episod Kedua










assalammualaikum kepada semua pembaca dan peminat Chef Wahi =) harap semuanya baik2 sahaja..
jika anda nampak gambar diatas, pastinya anda tahukan cabaran kedua dalam masterchef ialah mengasingkan kuning dari putih telur mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MasterChef Malaysia. Chef Wahi telah berusaha sedaya upaya untuk mengasingkan kuning dari putih telur dan sentiasa memastikan putih telur beliau bersih dari segala anasir luar. tapi apakan daya sebagi seorang manusia yang biasa kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. tanpa disengajakan kulit telur telah melekat di jari Chef Wahi dan sekaligus kulit telur tersebut telah masuk ke dalam bekas putih telur beliau. dengan masa yang agak singkat beliau diminta untuk membuat yang baru tetapi tidak berjaya kerana masa telah tamat. beliau tahu, kini beliau harus berdepan dengan ujian yang seterusnya.

ujian yang seterusnya ialah memukul putih telur sehingga gebu dan pekat. dengan semangat yang kuat, Chef Wahidan berjaya membuat putih telur itu mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MasterChef Malaysia.
semangat ini lah yang kita mahukan!!

you go Chef Wahi!

beliau berjaya melepasi halangan yang seterusnya

AMIN...