Sunday 30 October 2011

WISH HIM LUCK!



Peserta yang berasal dari sandakan, sabah..
sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata
isteri beliau bernama Siti Aida Hj Ismail
manakala anak pertama beliau Bernama Mohd Walid Naim bin Wahidan, anak ke-2 Siti Iffa Rawieyah binti Wahidan dan anak bongsu beliau Bernama Siti Hana Raniah binti Wahidan

beliau menetap di bukit garam selepas berkhawin dengan isterinya ini adalah kerana beliau mempunyai kebun di bukit garam seperti yang diceritakan oleh beliau semasa cover story beliau di masterchef.
dengan hasil kebun itulah beliau menyara kehidupan keluarganya.

sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak, beliau pastinya menginginkan yang terbaik untuk keluarganya. dengan hasil kebun beliau merasa pendapatannya tidak begitu menjamin masa depan keluarganya.
dengan adanya program MASTERCHEF MALAYSIA ini, beliau merasa ini adalah masanya untuk mencuba nasib untuk mengubah kehidupan keluarganya. dia mencuba nasib untuk bertarung dalam program masakan ini yang mana minat beliau dalam bidang makanan juga amat mendalam. bagi beliau juga, program ini merupakan batu loncatan untuk beliau mengubah kehidupan keluarganya

hasratnya itu disokong penuh oleh isterinya , Siti Aidah Hj ismail.
mereka sekeluarga sanggup datang dari sandakan ke kota kinabalu dengan menaiki kenderaan dan memandu selama 9 jam semata-mata untuk menghadiri sesi ujibakat masterchef di beverly hotel, kota kinabalu.

dengan izinnnya, beliau berjaya untuk kepusingan yang seterusnya sampai kehari ini

sebagai keluarga, kami sangat menyokong beliau dan kami tahu kemampuan beliau semoga terus berjaya
marilah kita memberi sokongan penuh kepada beliau.

1 comment:

  1. Good Luck Wahidan, we hope to see you in the final 2, with God willing!

    ReplyDelete